DUA 2012- SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK-: KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN
NAMA PENSYARAH: USTAZ SUHAIMI BIN ISMAIL
NAMA AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD ARIFF BIN MOHAMED ALI (10DKM17F1026)
MUHAMMAD IZZUL SYAHMIL BIN SHAMSUL ANUWI (10DKM17F1023)
MUHAMAD IZZAT BIN OSMAN (10DKM17F1074)
WAN SYAKIRIN BIN MOHD NOOR (10DKM17F1005)
Bersyukur kepada Tuhan dengan limpah dan kurniaNya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam tugasan ini membincangkan tentang Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan kepada kami dari segi kewangan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi pendapat dalam menyempurnakan tugasan ini.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada pensyarah iaitu Ustaz Suhaimi Bin Ismail yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam subjek ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada pihak Politeknik kerana telah memberi ruang yang amat selesa untuk kami meneruskan pengajian ini,
Sekian, Terima Kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Maksud Kaedah Dan Pengertian
MAKSUD: Kaedah Fiqh dalam kitab-kitab perundangan islam dikenali sebagai Qawaid Fiqhiyyah. Ia merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Qawaid merupakan kata jamak daripada qa'idah(kaedah) yang bermaksud asas, tapak atau prinsip.
''Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan dan Keringanan"
Masyaqqah atau kesukaran kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada Beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal. Bahkan ia boleh Memudaratkan diri seseorang dan menghalagnya daripada melakukan kerja amal yang berguna.
Dalil Rujukan:
وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى الدِّيۡنِ مِنۡ حَرَجٍ
"Dan ia tidak menjadiakn kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam agama"..
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Allah menghendaki kamu beroleh keudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Perbincangan Kaedah
- Kekurangan - penyakit gila sehingga kembaili siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga sedar.
- Kejahilan - hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia.
- Sakit - kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain, untuk melunaskan kewajipan.
- Musafir - seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya.
- Terlupa - seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa - apa tanggugjawab.
- Paksaan - paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain lain maksud syariat.
- Umum balwa - dimaafkan gharar ( kesamaran ) yang sedikit dalam urusan jual beli, percikan najis dan percikan tanah tanah dijalan raya.
Bentuk Rukhsah
- Pengguguran - contohnya, digugurkan hukum solat jumaat, puasa, haji dan jihad kerana keuzuran tertentu.
- Pengurangan - contohnya, dibenarkan engurangkan solat fardhu daripada empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
- Penggantian - contohnya, wudhuk digantikan dengan tayamum.
- Pendahuluan ( taqdim ) - contohnya, solat asar dalam waktu zuhur dan didahulukan bayaran zakat sebelum cukup haul.
- Penangguhan - contohnya, melaksanakan solat maghrib dalam waktu isyak.
- Kelonggaran - contohnya, diharuskan meminum arak bagi orang yang tercekik kerongkong ketika ketiadaan air halal. begitu juga diharuskan berlafaz dengan kalimah kufur ketika dipaksa sedangkan hati tetap beriman.
- Perubahan - contohnya, mengubah kelakuan sembahyang sebagaimana kebiasaan kepada ketakutan dalam peperangan ( solat dalam peperangan ) .
Perbincangan Aplikasi Kaedah
- Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
- Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.
- Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.
- Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan orang islam walaupun tidak melambangkan logo halal.
- Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T.
VIDEO MENGENAI KAEDAH FIQH



